Tuesday 15 March 2011

Latar Belakang

Pejabat Agama Daerah Baling merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Pejabat ini berfungsi sebagai agensi yang melaksanakan dasar – dasar kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang berkaitan hal ehwal agama Islam di peringkat Daerah, sepertimana yang diperuntukkan dalam undang – undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah 1962 (No. 9/1962)

          Baling merupakan antara daerah yang terluas di negeri Kedah merangkumi 7 buah mukim. Terdapat 65 buah masjid dan 228 buah surau.

      Di bahagian Pendidikan pula, terdapat 2 buah Sekolah Agama Rakyat, 45 buah pusat KAFA 4 buah TASKA

         Bagi mencapai misi dan visi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Majlis Agama Islam Kedah, pejabat ini diamanahkan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat Islam dalam daerah terutama dalam perkara yang berkaitan dengan Nikah, Cerai & Rujuk, Khidmat Nasihat, mengawal selia institusi keagamaan seperti masjid, surau, sekolah – sekolah agama dan TASKA di samping menguatkuasa undang – undang pentadbiran Islam dan Enakmen – enakmen yang dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah